Tuesday 8 September 2015

Kemaskini Senarai ALK KHM 2015/2016


SENARAI AHLI LEMBAGA KOPERASI (ALK)
Koperasi Hartanah Muslim Berhad (KHM)

Berdiri dari kiri

En. Mohd Mahazir bin Shahdan (Presiden Biro IT), En. Ahmad Nasri bin Mohamad Tahir (Presiden Biro Pelaburan),  En. Zulkifli Lubis bin Alimuddin (Presiden Biro Ekonomi), En. Sukri bin Yaakob (Presiden Biro Tugas-Tugas Khas), En. Abdul Mutalib bin Mat Saad (Timb. Presiden Biro Eknonomi),  En. Megat Suwardi bin Said (Presiden Biro Kualiti) dan En. Arif bin Arshad (Presiden Biro Promosi).

Duduk dari kiri

Cik Farah Najiha bt Rusli (Presiden Biro Dakwah & Kebajikan), Puan Suryati bt Tohid (Setiausaha), En. Mohd Sofian bin Zakaria (Pengerusi & Merangkap Presiden Biro Keahlian), En. Ahmad Idzwan bin Ramli (Bendahari) dan Puan Norzaila bt Sabuti (Presiden Biro Pendidikan)

Kenali ALK - En. Ahmad Nasri bin Mohamad Tahir

En. Ahmad Nasri bin Mohamad Tahir
(Presiden Biro Pelaburan KHM 2015/16)

Berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan (QS) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Kini bertugas sebagai Pengarah Eksekutif Ara Bakti Sdn Bhd yang beroperasi di Semenyih Sentral Selangor.

Sebelum ini pernah bertugas sebagai pengurus tapak dan juga pengurus pemasaran di syarikat Ambang Rahmat Resources.

Pernah juga berkhidmat secara latihan di dua syarikat firma ukurbahan iaitu Pakatan Ukur Bahan Sdn Bhd dan AZM Perunding Ukur Bahan Sdn Bhd.

Kini beliau juga memegang jawatan sebagai ALK bagi Koperasi Ara Rahmat Muar Berhad (KOSARAM) yang beroperasi di Muar Johor.



Aktiviti Biro Kualiti

  • Membuat laporan projek kepada Biro dan ALK
  • Berurusan dengan kontraktor, sub-kontraktor, pembekal, local authority dan pemilik tanah /rumah.
  • Memastikan kerja-kerja yang dijalankan di tapak memenihi kehendak seperti tercatat didalam lukisan pembinaan, kontrak dokumen dan spesifikasi.
  • Memantau kemajuan projek sehingga tamat tempoh projek.
  • Memastikan kerja-kerja yang dijalankan adalah didalam keaadan selamat dari segi keselamatan ditapak binaan.
  • Memanggil pihak yang terlibat didalam pembinaan dan berbincang jika terdapat kerja-kerja yang dijalankan tidak memenuhi kualiti piawai yang ditetapkan.
  • Memaklum kepada Biro dan ALK jika terdapat sebarang isu teknikal atau sebarang permasaalahan ditapak


Aktiviti Biro Tugas-Tugas Khas

  • Menyediakan cadangan rancangan perniagaan khm
  • Membantu biro-biro lain jika diperlukan
  • Menyediakan buletin/majalah khm
  • Menyediakan draf iklan tentang promosi semua produk khm
  • Membantu tugasan JAD dilaksanakan dengan sistematik

Aktiviti Biro Pelaburan

  • Membuat pelaburan hartanah dalam bentuk perumahan & tanah
  • Meluaskan aset-aset koperasi untuk mengukuhkan tabungan masa hadapan
  • Merangka strategi pelaburan jangka pendek dan jangka panjang untuk menambah keuntungan koperasi

Jawatan Kosong KHM 2015 - Kerani Akaun & Admin diperlukan segera!


Kerani Akaun & Admin
(Kemasukan Sept 2015)

-Mencatatkan, memasukkan dalam rekod perakaunan dan simpanan

-Membuat pengiraan yang sewajarnya

-Menyediakan senarai gaji dan rekod yang berkaitan untuk gaji pekerja dan bagi tujuan penyimpanan rekod berkanun.

-Menyediakan invois, menerima dan membayar wang, menyimpan rekod transaksi, mengeluarkan resit dan menunaikan cek.

-Memberi bantuan dalam menyediakan penyata cukai syarikat

- Menguruskan tugas pengurusan fail KHM.

-Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan yang lain jika perlu dari semasa ke semasa.

Pemohon yang mempunyai diploma perakaunan dialu-alukan


Sila email resume ke info.kophartanahmuslim@gmail.com. Tarikh tutup 15/9/2015.

- Gaji berdasarkan kelayakan dan pengalaman yang akan ditentukan selepas sesi temuduga.


Setiausaha KHM
Hana 012-2325948

Borang Keahlian KHM



Ada banyak kelebihan untuk 100 terawal yang membayar yuran pendaftaran & syer penuh. Jangan tunggu lagi!

Sila daftar koperasi sekarang.. 

Saturday 15 August 2015

Aktiviti Biro Pemasaran, Promosi & Publisiti


  • Merangka strategi penerangan mengenai program dan aktiviti 
  • Menyebar luaskan maklumat program dan aktiviti yang dijalankan oleh biro-biro jawatankuasa mengikut jadual dan tarikh yang telah ditetapkan.
  • Mempromosikan sesuatu program dan aktiviti yang memerlukan kehadiran ramai peserta
  • Membantu membuat hebahan aktivti dan program KHM kepada komuniti sasaran.
  • Pusat rujukan dan penyedia bahan-bahan media
  • Memastikan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan pelan media berhubung publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Kementerian melalui bahan promosi, media elektronik dan media cetak.

Aktiviti Biro Ekonomi


  • Menjalankan dan menggerakkan aktiviti dan projek KHM
  • Memantau kemajuan projek secara lansung.
  • Memberikan khidmat nasihat yang terbaik bagi memenuhi kehendak pelanggan.
  • Memberi khidmat latihan dan tunjuk ajar untuk pada ahli yang berminat didalam bidang pembinaan.
  • Sentiasa terbuka dan telus didalam perundingan demi memenuhi kehendak pelanggan.
  • Meningkatkan ekonomi ahli KHM melalui aktiviti pelaburan, penjualan rumah-rumah, perniagaan sesama ahli KHM dan kerjasama dengan institusi kewangan setempat.
  • Melaksanakan pelan pembangunan terancang KHM mengikut keperluan semasa.


Monday 10 August 2015

Mesyuarat KHM- Kontraktor Batch 1 Wilayah Tengah & Selatan

Pertama sekali, saya mewakili Koperasi Hartanah Muslim (KHM) ingin megucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kehadiran dan kerjasama yang tuan-tuan berikan.

Kami, pihak KHM amat berbesar hati dengan kehadiran peguam, pelukis pelan & arkitek, kontraktor IBS dan pengilang batu IBS yang telah memberikan banyak idea untuk sama-sama bekerjasama dengan KHM.

Semoga ikatan kekeluargaan yang baru dibina akan berkekalan.

Setiausaha













Sunday 9 August 2015

Kenali ALK - En. Mohd Sofian bin Zakaria

En. Mohd Sofian bin Zakaria
Pengerusi Koperasi Hartanah Muslim Berhad

(Juga Merangkap Presiden Biro Keahlian & Keanggotaan KHM 2015/16)

Berpendidikan Ijazah Pengurusan Perniagaan (Finance) dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Kini bertugas sebagai Pengarah Urusan Global Whiz Sdn Bhd. yang beroperasi di Ampang Selangor.

Sebelum itu pernah bertugas sebagai 'Supply Analyst' di Aromatics Malaysia Sdn Bhd (AMSB) di KLCC dan juga sebagai Marketing Executive di Idemitsu SM (M) Sdn Bhd (ISM) di Jalan Pekeliling, Pasir Gudang, Johor. Beliau telah mempunyai 13 tahun pengalaman memasarkan produk terutama dalam produk petro kimia.

Kini beliau juga memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Koperasi Alumni SESMA 91 Kuala Lumpur Berhad (KOSESMA91) dan Setiausaha Agung bagi Persatuan Anak Pentas Malaysia (PENTAS).



Kenali ALK - Ir. Megat Suwardi bin Said

Ir. Megat Suwardi bin Said
(Presiden Biro Kualiti KHM 2015/16)

Ijazah Kejuruteraan Awam dari UTM, Skudai Johor.

Berpengalaman selama 16 tahun didalam bidang pembinaan dan berstatus Jurutera Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia.

Pembabitan didalam projek-projek mega seperti Projek Landasan Berkembar Elektrik Dari Rawang ke Ipoh dan Dari Ipoh ke Padang Besar, Pelebaran Jambatan Pulau Pinang sediada dan Projek MRT.

Pernah menjadi pengarah syarikat pembinaan dan pengangkutan. Syarikat ini juga merupakan kontraktor pemasangan bagi sistem kerangka konkrit pratuang, panel dan kerangka bumbung yang berdaftar dengan CIDB.

Sekarang berkhidmat di syarikat Jurutera Perunding bagi penyeliaan kerja-kerja pembinaan Stesyen MRT bawah Tanah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Kenali ALK - En. Sukri bin Yaakob


Tn. Hj Sukri bin Yaacob
(Presiden Biro Tugas-Tugas Khas KHM 2015/16)

Ijazah Sarjana Muda Sastera, USM

Pengalaman Kerja: Bertugas sepenuh masa sebagai guru. Menjadi ahli biasa dalam koperasi guru-guru Kuala Kangsar. Kini mula berjinak-jinak dan menimba ilmu dalam bidang hartanah.


Wednesday 5 August 2015

Senarai Lokasi Kursus Kad Hijau Ogos 2015

Lokasi kursus pada bulan Ogos 2015 seperti berikut:




What is IBS?
For more information, please go to CIDB Website

IBS WEEK PWTC 9-11 Sept 2015

Ecobuild Southeast Asia and International Construction Week are organising:

IBS WEEK
Date : 9-11 September 2015
Venue : PWTC, Kuala Lumpur


Listed are IBS projects in Malaysia




Monday 3 August 2015

Kontraktor Pembinaan Rumah IBS diperlukan untuk menyokong projek 1 Malaysia

Koperasi Hartanah Muslim Berhad (KHM)
(dalam penubuhan)

Kami memerlukan kontraktor untuk Projek Pembinaan Rumah IBS Mampu Milik Seluruh Malaysia.

1. Kontraktor Rumah IBS
2. Kontraktor Mekanikal & Electrical
3. Kontraktor Plaster Ceiling
4. Supplier Gril/AutoGate
5. Kontraktor Pasang Tiles
6. Plumber
7. Kontraktor Bumbung
8. Kontraktor Kitchen Cabinet & Wardrobe

Jika berminat untuk bersama KHM, sila sms/whatsapp nama & syarikat kepada salah satu wakil koperasi di bawah atau email profil syarikat ke info.kophartanahmuslim@gmail.com. Keutamaan akan diberikan kepada syarikat muslim.

Wakil Koperasi KHM:

1. Hana 012-2325 948
2. Zulkifli 011-2366 5677
3. Imam Fadil 013-5924 111
4. Zaila 018-3883 309
5. Megat 019-3867 975
6. Talib 019-2146 754

Semoga kerjasama kita akan memberi manfaat bersama.

Untuk maklumat lanjut, sila layari blog http://koperasihartanahmuslim.blogspot.com.

Terima Kasih.
Setiausaha

Wednesday 29 July 2015

Mesyuarat ALK dengan Bakal Kontraktor KHM (Wilayah Tengah & Selatan)

Pihak KHM ingin menjemput semua kontraktor yang ingin bekerjasama dengan Koperasi Hartanah Muslim Berhad (KHM) untuk hadir mesyuarat seperti di bawah:

MESYUARAT KONTRAKTOR
(Wilayah Tengah & Selatan)

Tarikh : 9 Ogos 2015 (AHAD)
Lokasi : Kajang, Selangor

Sila maklumkan kehadiran dengan sms/whatsapp
Hana 012-2325 948
En. Zulkifli 011-2366 5677

Terima kasih.

Jawatan Kosong KHM Ogos 2015

Koperasi Hartanah Muslim Bhd (KHM)

IKLAN JAWATAN KOSONG
(Trainee, Interview Terbuka)

1. Site Supervisor - 3 orang
2. Installer - 5 orang
3. Buruh Binaan - 20 orang

Jika berminat, sila hantarkan resume/pengalaman kerja ke info.kophartanahmuslim@gmail.com ATAU sms/whatsapp 

1. En. Zulkifli 011-2366 5677
2. Imam Fadhil 013-5924 111
3. Hana 012-2325 948
4. Zaila 018-3883 309

Blog http://koperasihartanahmuslim.blogspot.com

Selamat Hari Raya


Kami semua barisan ALK 2015/16 ingin mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN
kepada semua warga KHM



Friday 10 July 2015

Pelukis Pelan KHM diperlukan segera!

Koperasi Hartanah Muslim Bhd (KHM)

Requirement
1. Melukis pelan rumah baru
2. Melukis pelan 'renovation' rumah
3. Berpengalaman dalam membuat drawing proposal kepada kontraktor.

Sila sms/whatsapp Puan Hana 012-2325948 segera.
Blog http://koperasihartanahmuslim.blogspot.com

Terima Kasih

Wednesday 8 July 2015

Pendaftaran Ahli Baru KHM

Assalamualaikum,

Sila rujuk link dibawah untuk membuat pendaftaran 'online'. Untuk makluman koperasi Hartanah Muslim kini sedang dalam proses untuk mendapatkan Sijil Pendaftaran. Segala urusan pendaftaran yang rasmi dan pembayaran yuran pendaftaran dan syer koperasi akan dimaklumkan selepas sijil diperolehi dari SKM.

Kerjasama tuan-tuan/puan-puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Semoga kita sama-sama dapat menjayakan misi dan visi koperasi ini dengan jayanya. Insha Allah.


KOPERASI HARTANAH MUSLIM BERHAD (KHM)
http://bit.ly/koperasi-hartanah-muslim

Add FB Group KHM
https://www.facebook.com/groups/koperasihartanahmuslim


Terima Kasih

Puan Hana Suryati
Setiausaha KHM

IQ Matrix Wall Panel - Tapak Pembinaan di Senawang

Alhamdulillah, hari ni 7/7/2015 kami sempat berguru dengan Pengeluar Kilang IBS tentang cara-cara pemasangan Wall Panel IBS keluarannya. Terima kasih En. Zulkifli Lubis kerana telah menjemput Koperasi Hartanah Muslim (KHM) untuk turut serta dalam pembinaan projeknya di Senawang ini.

Jemputan kepada semua ahli KHM.

Pada minggu hadapan (selasa) sila hadirkan diri untuk turut serta dalam projek ini kerana En. Zul akan siapkan pemasangan IBS Wall Panel untuk tingkat atas pula.

Jumpa di sana nanti!
Setiausaha





Tuesday 7 July 2015

Aktiviti Biro Pendidikan

  • Menggalakkan dan memastikan semua Ahli Lembaga Koperasi & Ahli Jawatankuasa Koperasi menghadiri kursus-kursus yang diwajibkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
  • Menawarkan kursus-kursus yang releven dengan semua aktiviti koperasi kepada seluruh ahli koperasi, dan kursus-kursus yang releven dengan jawatan yang disandang oleh seseorang ahli dalam koperasi.
  • Mengadakan lawatan tapak dan perkongsian pengalaman, terutamanya dengan koperasi yang menjalankan aktiviti dalam bidang hartanah dan telah berjaya, lama dan dapat menjana pendapatan yang tinggi.
  • Menawarkan kursus-kursus modal insan untuk memantapkan kerohanian Ahli Lembaga Koperasi dan Ahli Jawatankuasa Koperasi dalam menggalas tanggungjawab yang berat dalam koperasi.

Aktiviti Biro IT

  • Menyediakan, mengurus dan menyelenggara kerja-kerja yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat (IT) untuk keperluan KHM.
  • Menyediakan "Support Service" IT seperti memantau dan menyelenggara "Hardware, Software & Network" untuk keperluan KHM
  • Mengautomasikan sebarang proses dokumentasi yang berulang-ulang supaya lebih lancar.
  • Menyimpan dan menstruktur data sebagai backup. Juga menyediakan analisis data apabila diperlukan.
  • Membangun/Menyelenggara laman web rasmi KHM
  • Membangun/Menyelenggara Media Sosial rasmi KHM
  • Menyediakan tenaga pengajar kepada biro Pendidikan bagi kursus berkaitan IT

Aktiviti Biro Dakwah & Kebajikan

  • Menerapkan nilai-nilai islam dalam kehidupan seharian.
  • Menggalakkan ahli-ahli untuk bersedekah - "Tgn diatas lebih baik dari tgn dibawah".
  • Memastikan ahli-ahli supaya tidak melakukan aktiviti-aktiviti yg melibatkan dengan jenayah seperti rasuah, riba, curi dan sebagainya.
  • Mengadakan program penjanaan taqwa dan pembangunan nilai akhlak murni dikalangan ahli-ahli.
  • Mewujudkan dana khairat ahli.
  • Mengadakan aktiviti usaha memberi bantuan kepada ahli-ahli yang memerlukan.
  • Memberi pengiktirafan kepada ahli-ahli koperasi AJK dan ALK yang mengendalikan setiap tugasan dengan baik.
  • Mengadakan program yang dapat mengeratkan silaturrahim antara sesama ahli
  • Mewujudkan bengkel koperasi

Aktiviti Biro Keahlian & Keanggotaan

  • Mencari bakal ahli untuk koperasi dengan kerjasama semua biro yang lain.
  • Mendaftarkan bakal ahli melalui 'link' yang disediakan oleh biro IT/ Promosi.
  • 'Follow up' - bakal-bakal ahli untuk menjadi ahli khm dan melakukan pembayaran yuran pendaftaran dan saham.
  • Mengemaskini maklumat keahlian & keanggotaan ahli berdaftar dan berbayar, juga untuk ahli yang memilih untuk keluar atau dikeluarkan.
  • Menjadi 'admin' kepada grup-grup media sosial KHM iaitu whattsapps, telegram dan page FB closed group.

Kenali ALK - En. Zulkifli bin Lubis

En. Zulkifli bin Lubis
(Presiden Biro Ekonomi KHM 2015/16)

Berpendidikan STPM dan sangat berpengalaman luas dalam bidang pembinaan lebih 10 tahun. Kini aktif menggunakan bahan-bahan IBS dalam setiap projek pembinaannya.

Pernah berkecimpung selama 2 tahun sebagai guru sementara dan 1 tahun di Frank Small Association mengkaji pelanggan.

Beliau juga berpengalaman dalam bidang pengurusan ladang swasta selama 3 tahun. Beliau pernah ditugaskan sebagai Pengurus 'Miling & Sugar Delivery' di Kedah selama 1 tahun.

Dalam bidang pertanian, beliau juga merupakan Usahawan Peladang.

Monday 6 July 2015

Kenali ALK - Farah Najiha bt Rusli

Cik Farah Najiha bt Rusli 
(Presiden Biro Dakwah & Kebajikan)

Berkelulusan Diploma Perguruan (KUIS) dalam bidang pendidikan islam.

Berkerjaya sebagai guru sepenuh masa di SK Taman Shamelin Cheras, Kuala Lumpur.

Beliau juga merupakan Perunding Hartanah di IM Global Consultant,KL. Aktif menceburi perniagaan kecil-kecilan dan pernah berkecimpung sebagai 'sales promoter' untuk mendapatkan pengalaman dalam bidang keusahawanan.

Kenali ALK - En. Abd Mutalib bin Mat Saad

En. Abd Mutalib b. Mat Saad
(Timb. Biro Ekonomi KHM 2015/16)

Perkerjaan: Executive di Lion Group

Kerja Sampingan: Pembekal Steel Slag Aggregate
Pendidikan: Diploma Uitm

Berpengalaman luas lebih 8 tahun bekerja dengan Syarikat kontraktor kerja jalan.

Kenali ALK - Puan Suryati bt Tohid

Puan Suryati bt Tohid (Hana)
(Setiausaha KHM 2015/16)

Berkelulusan Ijazah Teknologi Maklumat dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Kini berkerjaya sebagai Perunding Hartanah di IM Global Property Consultant dan menguruskan beberapa rumah sublet berhampiran KLIA Sepang.

Pengalaman kerja:

Instructor (Ericsson Sdn Bhd) - pernah bertugas sebagai tenaga pengajar untuk Ericsson Switch di  Papua New Guinea, Bangladesh, Thailand, Indonesia dan Malaysia.

Product Specialist (Patimas Computers Bhd)
Bertugas untuk presales dan technical support beberapa produk networking seperti Hewlett Packard, Huawei, Cisco dan sebagainya.

Account Manager (Premisnet Sdn Bhd)
Menguruskan akaun client dan meningkatkan jualan syarikat dalam bidang IT.

Beliau pernah juga berkecimpung sebagai System Analyst di kilang subsidiary proton dan juga menjadi tutor di Nilai University College Nilai di awal kariernya.


Kenali ALK - En. Arif bin Arshad

En. Arif bin Arshad
(Presiden Biro Pemasaran, Promosi & Publisiti)

Berpendidikan Diploma dalam bidang IT (MMU) dan Ijazah dalam  Multimedia (UNISEL)

Pengalaman kerja :
Pernah bertugas sebagai 'photographer' untuk model, 3D animator, graphic designer, sound editor, video editor,  assistant web designer di syarikat perfileman.

Pernah juga menjadi crew filem menguruskan bahagian pencahayaan.

Kini menguruskan perniagaan sendiri dalam bidang "Design & Printing".


Kenali ALK - Puan Norzaila binti Sabuti

Pn. Norzaila binti Sabuti
(Presiden Biro Pendidikan KHM 2015/16)

Berkelulusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Uitm Shah Alam

Berpengalaman sebagai Pembantu Jurutera (merekabentuk terutama piping line dan barangan fiberglass)

Sejak 2007-2015, bertugas sebagai pegawai kepada Dato' Wahid Mansor (seorang legal consultant untuk pelbagai NGO, Syarikat dan Koperasi)

Kenali ALK - Mohd Mahazir bin Shahdan

En. Mohd Mahadzir bin Shahdan
(Presiden Biro IT KHM 2015/16)

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer UTM Skudai, Majoring dalam Software Engineering

Pengalaman Kerja : Bekerja Sendiri dalam bidang penternakan, pertanian dan ladang kelapa sawit.

Menjalankan kerja-kerja separuh masa sebagai sub kontraktor binaan dan ubahsuai banggunan rumah, pejabat dan kandang ternakan.

Kenali ALK - Ahmad Idzwan bin Ramli

Ahmad Idzwan Bin Ramli
(Bendahari KHM 2015/16)

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Utara Malaysia

Pekerjaan sekarang: Eksekutif PayPal

Projek masa lalu:
- pemasaran dan latihan produk-produk di bawah Telekom Malaysia, TMNet
- pegawai pemasaran dan latihan E-Man Cafe
- mengasaskan program pembangunan anak yatim Click-a-Child
- menubuhkan program crowdfunding untuk golongan kurang bernasib baik "1Love" di dalam PayPal
- mengusahakan program penempatan dan kediaman kos rendah kepada golongan yang terhimpit kehidupan spt mualaf, anak yatim, golongan kurang upaya, golongan miskin dan lain-lain bersama suami novelis Ain Maisarah

Pengerusi Biro Ekonomi - Bonus Hari Raya

Assalamualaikum.

En. Zulkifli nak beri bonus hariraya.
Mulai lusa (rabu) En. Zul akan menggunakan satu sistem pemasangan IBS yg lebih cepat, berkualiti dan murah.
Tempat : Tmn Tunku Najihah.senawang.seremban
Masa : seawal 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Pakaian : pakaian yg sesuai utk kerja kontrak :)

Ringkasan projek.
Ubahsuai bahagian hadapan rumah 2 tingkat
# hanya sedikit teori dan lebih kpd praktikal.
# sasaran peserta d galakkan untuk yg ingin menjadi kontraktor IBS menggunakan teknologi ini.

Peserta akan d kenalpasti dan d senarai pendek untuk projek akan datang.
# tiada jaminan keselamatan.keselamatan @ kemalangan yg mungkin berlaku adalah tanggung jawap sendiri.

Mesej Biro Keahlian & Keanggotaan


Biro keahlian akan mengetatkan proses permohonan keahlian bagi mengelakkan perkara2 yg tidak diingini dan melindungi objektif KHM. Oleh itu, diharap semua bakal ahli mestilah mereka yg sanggup bersama dgn KHM menyahut visi, misi dan objektifnya. Serta sedia utk menghadiri AGM & sanggup utk membayar yuran pendaftaran dan saham. Seterusnya akan bersama2 utk saling membantu menjayakan aktiviti KHM.

Buat waktu ini, hanya 3 individu akan diberi akses utk memproses, menerima dan membatalkan permohonan keahlian iaitu Setiausaha Puan Hana Suryati, ketua Biro Keahlian en. Mohd Sofian & timb. Biro Keahlian en. Megat Suwardi.

Merangkumi data base keahlian, grup KHM whattsapps, grup KHM telegram & FB Closed group.

Harap maklum, segala kesulitan amat dikesali.  Terima kasih.

Sofian