LATAR BELAKANG
Koperasi
Hartanah Muslim Berhad dicadangkan penubuhannya melalui resolusi yang
dipersetujui bersama oleh barisan kontraktor dan ejen jualan yang berminat
memasarkan rumah IBS mampu milik ke seluruh Malaysia. Barisan Jawatankuasa
Pengasas (Penaja) Koperasi tersebut yang terdiri daripada Encik Zulkifli Lubis,
Puan Suryati bt Tohid, En. Norizan bin Nordin agar satu koperasi ditubuhkan
untuk tujuan ini. Bermatlamatkan untuk menjadikan koperasi ini sebagai tonggak
penyatuan semua usahawan hartanah dan pengembangan ekonomi melalui kaedah
perkoperasian, permohonan cadangan nama koperasi tersebut telah dimajukan
kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia, cawangan Wilayah Sepang/Kuala Langat baru-baru ini.
PROFIL
KORPORAT KOPERASI
Koperasi
ini ditubuhkan untuk menghimpunkan semua usahawan hartanah samada kontraktor,
pemaju, penjual dan ejen hartanah yang ingin menceburi bidang hartanah di bawah
satu bumbung
MOTO
Amanah,
Tekad, Komited & Bersyariat
VISI
Memperkasakan
ekonomi umat islam dalam bidang hartanah dan perumahan dan menjadi pemangkin
industri hartanah malaysia
MISI
- Menambah
nilai hidup ahli melalui kegiatan ekonomi bersyariat
- Memberi
keutamaan kepada ahli untuk pembinaan rumah mampu milik
- Memastikan
segala kerja menepati spesifikasi dan tempoh yang ditetapkan
- Memberikan
perkhidmatan yang mesra pelanggan
No comments:
Post a Comment