AKTIVITI KOPERASI & BIRO

  1. Menjalankan aktiviti promosi pakej rumah, tanah dan pembinaan lain yang berkaitan
  2. Memasarkan produk anggota
  3. Menjalankan aktiviti dakwah & kebajikan
  4. Perundingan Hartanah & Rumah
  5. Perkhidmatan Pelukis Pelan
  6. Perkidmatan Kontraktor termasuk bina rumah, ubah suai & hiasan dalaman
  7. Perkhidmatan Landskap
  8. Pemaju Perumahan
  9. Perkhidmatan Guaman

(1) AKTIVITI BIRO KEAHLIAN & KEANGGOTAAN
  • Mencari bakal ahli untuk koperasi dengan kerjasama semua biro yang lain.
  • Mendaftarkan bakal ahli melalui 'link' yang disediakan oleh biro IT/ Promosi.
  • 'Follow up' - bakal-bakal ahli untuk menjadi ahli khm dan melakukan pembayaran yuran pendaftaran dan saham.
  • Mengemaskini maklumat keahlian & keanggotaan ahli berdaftar dan berbayar, juga untuk ahli yang memilih untuk keluar atau dikeluarkan.
  • Menjadi 'admin' kepada grup-grup media sosial KHM iaitu whattsapps, telegram dan page FB closed group.

(2) AKTIVITI BIRO DAKWAH & KEBAJIKAN
  • Menerapkan nilai-nilai islam dalam kehidupan seharian.
  • Menggalakkan ahli-ahli untuk bersedekah - "Tgn diatas lebih baik dari tgn dibawah".
  • Memastikan ahli-ahli supaya tidak melakukan aktiviti-aktiviti yg melibatkan dengan jenayah seperti rasuah, riba, curi dan sebagainya.
  • Mengadakan program penjanaan taqwa dan pembangunan nilai akhlak murni dikalangan ahli-ahli.
  • Mewujudkan dana khairat ahli.
  • Mengadakan aktiviti usaha memberi bantuan kepada ahli-ahli yang memerlukan.
  • Memberi pengiktirafan kepada ahli-ahli koperasi AJK dan ALK yang mengendalikan setiap tugasan dengan baik.
  • Mengadakan program yang dapat mengeratkan silaturrahim antara sesama ahli
  • Mewujudkan bengkel koperasi

(3) AKTIVITI BIRO IT
  • Menyediakan, mengurus dan menyelenggara kerja-kerja yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat (IT) untuk keperluan KHM.
  • Menyediakan "Support Service" IT seperti memantau dan menyelenggara "Hardware, Software & Network" untuk keperluan KHM
  • Mengautomasikan sebarang proses dokumentasi yang berulang-ulang supaya lebih lancar.
  • Menyimpan dan menstruktur data sebagai backup. Juga menyediakan analisis data apabila diperlukan.
  • Membangun/Menyelenggara laman web rasmi KHM
  • Membangun/Menyelenggara Media Sosial rasmi KHM
  • Menyediakan tenaga pengajar kepada biro Pendidikan bagi kursus berkaitan IT

(4) AKTIVITI BIRO PENDIDIKAN
  • Menggalakkan dan memastikan semua Ahli Lembaga Koperasi & Ahli Jawatankuasa Koperasi menghadiri kursus-kursus yang diwajibkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
  • Menawarkan kursus-kursus yang releven dengan semua aktiviti koperasi kepada seluruh ahli koperasi, dan kursus-kursus yang releven dengan jawatan yang disandang oleh seseorang ahli dalam koperasi.
  • Mengadakan lawatan tapak dan perkongsian pengalaman, terutamanya dengan koperasi yang menjalankan aktiviti dalam bidang hartanah dan telah berjaya, lama dan dapat menjana pendapatan yang tinggi.
  • Menawarkan kursus-kursus modal insan untuk memantapkan kerohanian Ahli Lembaga Koperasi dan Ahli Jawatankuasa Koperasi dalam menggalas tanggungjawab yang berat dalam koperasi.

(5) AKTIVITI BIRO EKONOMI
  • Menjalankan dan menggerakkan aktiviti dan projek KHM
  • Memantau kemajuan projek secara lansung.
  • Memberikan khidmat nasihat yang terbaik bagi memenuhi kehendak pelanggan.
  • Memberi khidmat latihan dan tunjuk ajar untuk pada ahli yang berminat didalam bidang pembinaan.
  • Sentiasa terbuka dan telus didalam perundingan demi memenuhi kehendak pelanggan.
  • Meningkatkan ekonomi ahli KHM melalui aktiviti pelaburan, penjualan rumah-rumah, perniagaan sesama ahli KHM dan kerjasama dengan institusi kewangan setempat.
  • Melaksanakan pelan pembangunan terancang KHM mengikut keperluan semasa.

(6) AKTIVITI BIRO PEMASARAN, PROMOSI & PUBLISITI
  • Merangka strategi penerangan mengenai program dan aktiviti 
  • Menyebar luaskan maklumat program dan aktiviti yang dijalankan oleh biro-biro jawatankuasa mengikut jadual dan tarikh yang telah ditetapkan.
  • Mempromosikan sesuatu program dan aktiviti yang memerlukan kehadiran ramai peserta
  • Membantu membuat hebahan aktivti dan program KHM kepada komuniti sasaran.
  • Pusat rujukan dan penyedia bahan-bahan media
  • Memastikan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan pelan media berhubung publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Kementerian melalui bahan promosi, media elektronik dan media cetak.

(7) AKTIVITI BIRO PELABURAN
  • Membuat pelaburan hartanah dalam bentuk perumahan & tanah
  • Meluaskan aset-aset koperasi untuk mengukuhkan tabungan masa hadapan
  • Merangka strategi pelaburan jangka pendek dan jangka panjang untuk menambah keuntungan koperasi


(8) AKTIVITI BIRO TUGAS-TUGAS KHAS
  • Menyediakan cadangan rancangan perniagaan khm
  • Membantu biro-biro lain jika diperlukan
  • Menyediakan buletin/majalah khm
  • Menyediakan draf iklan tentang promosi semua produk khm
  • Membantu tugasan JAD dilaksanakan dengan sistematik


(9) AKTIVITI BIRO KUALITI
  • Membuat laporan projek kepada Biro dan ALK
  • Berurusan dengan kontraktor, sub-kontraktor, pembekal, local authority dan pemilik tanah /rumah.
  • Memastikan kerja-kerja yang dijalankan di tapak memenihi kehendak seperti tercatat didalam lukisan pembinaan, kontrak dokumen dan spesifikasi.
  • Memantau kemajuan projek sehingga tamat tempoh projek.
  • Memastikan kerja-kerja yang dijalankan adalah didalam keaadan selamat dari segi keselamatan ditapak binaan.
  • Memanggil pihak yang terlibat didalam pembinaan dan berbincang jika terdapat kerja-kerja yang dijalankan tidak memenuhi kualiti piawai yang ditetapkan.
  • Memaklum kepada Biro dan ALK jika terdapat sebarang isu teknikal atau sebarang permasaalahan ditapak



No comments:

Post a Comment