Saturday 15 August 2015

Aktiviti Biro Pemasaran, Promosi & Publisiti


  • Merangka strategi penerangan mengenai program dan aktiviti 
  • Menyebar luaskan maklumat program dan aktiviti yang dijalankan oleh biro-biro jawatankuasa mengikut jadual dan tarikh yang telah ditetapkan.
  • Mempromosikan sesuatu program dan aktiviti yang memerlukan kehadiran ramai peserta
  • Membantu membuat hebahan aktivti dan program KHM kepada komuniti sasaran.
  • Pusat rujukan dan penyedia bahan-bahan media
  • Memastikan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan pelan media berhubung publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Kementerian melalui bahan promosi, media elektronik dan media cetak.

Aktiviti Biro Ekonomi


  • Menjalankan dan menggerakkan aktiviti dan projek KHM
  • Memantau kemajuan projek secara lansung.
  • Memberikan khidmat nasihat yang terbaik bagi memenuhi kehendak pelanggan.
  • Memberi khidmat latihan dan tunjuk ajar untuk pada ahli yang berminat didalam bidang pembinaan.
  • Sentiasa terbuka dan telus didalam perundingan demi memenuhi kehendak pelanggan.
  • Meningkatkan ekonomi ahli KHM melalui aktiviti pelaburan, penjualan rumah-rumah, perniagaan sesama ahli KHM dan kerjasama dengan institusi kewangan setempat.
  • Melaksanakan pelan pembangunan terancang KHM mengikut keperluan semasa.


Monday 10 August 2015

Mesyuarat KHM- Kontraktor Batch 1 Wilayah Tengah & Selatan

Pertama sekali, saya mewakili Koperasi Hartanah Muslim (KHM) ingin megucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kehadiran dan kerjasama yang tuan-tuan berikan.

Kami, pihak KHM amat berbesar hati dengan kehadiran peguam, pelukis pelan & arkitek, kontraktor IBS dan pengilang batu IBS yang telah memberikan banyak idea untuk sama-sama bekerjasama dengan KHM.

Semoga ikatan kekeluargaan yang baru dibina akan berkekalan.

Setiausaha













Sunday 9 August 2015

Kenali ALK - En. Mohd Sofian bin Zakaria

En. Mohd Sofian bin Zakaria
Pengerusi Koperasi Hartanah Muslim Berhad

(Juga Merangkap Presiden Biro Keahlian & Keanggotaan KHM 2015/16)

Berpendidikan Ijazah Pengurusan Perniagaan (Finance) dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Kini bertugas sebagai Pengarah Urusan Global Whiz Sdn Bhd. yang beroperasi di Ampang Selangor.

Sebelum itu pernah bertugas sebagai 'Supply Analyst' di Aromatics Malaysia Sdn Bhd (AMSB) di KLCC dan juga sebagai Marketing Executive di Idemitsu SM (M) Sdn Bhd (ISM) di Jalan Pekeliling, Pasir Gudang, Johor. Beliau telah mempunyai 13 tahun pengalaman memasarkan produk terutama dalam produk petro kimia.

Kini beliau juga memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Koperasi Alumni SESMA 91 Kuala Lumpur Berhad (KOSESMA91) dan Setiausaha Agung bagi Persatuan Anak Pentas Malaysia (PENTAS).



Kenali ALK - Ir. Megat Suwardi bin Said

Ir. Megat Suwardi bin Said
(Presiden Biro Kualiti KHM 2015/16)

Ijazah Kejuruteraan Awam dari UTM, Skudai Johor.

Berpengalaman selama 16 tahun didalam bidang pembinaan dan berstatus Jurutera Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia.

Pembabitan didalam projek-projek mega seperti Projek Landasan Berkembar Elektrik Dari Rawang ke Ipoh dan Dari Ipoh ke Padang Besar, Pelebaran Jambatan Pulau Pinang sediada dan Projek MRT.

Pernah menjadi pengarah syarikat pembinaan dan pengangkutan. Syarikat ini juga merupakan kontraktor pemasangan bagi sistem kerangka konkrit pratuang, panel dan kerangka bumbung yang berdaftar dengan CIDB.

Sekarang berkhidmat di syarikat Jurutera Perunding bagi penyeliaan kerja-kerja pembinaan Stesyen MRT bawah Tanah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Kenali ALK - En. Sukri bin Yaakob


Tn. Hj Sukri bin Yaacob
(Presiden Biro Tugas-Tugas Khas KHM 2015/16)

Ijazah Sarjana Muda Sastera, USM

Pengalaman Kerja: Bertugas sepenuh masa sebagai guru. Menjadi ahli biasa dalam koperasi guru-guru Kuala Kangsar. Kini mula berjinak-jinak dan menimba ilmu dalam bidang hartanah.


Wednesday 5 August 2015

Senarai Lokasi Kursus Kad Hijau Ogos 2015

Lokasi kursus pada bulan Ogos 2015 seperti berikut:




What is IBS?
For more information, please go to CIDB Website

IBS WEEK PWTC 9-11 Sept 2015

Ecobuild Southeast Asia and International Construction Week are organising:

IBS WEEK
Date : 9-11 September 2015
Venue : PWTC, Kuala Lumpur


Listed are IBS projects in Malaysia




Monday 3 August 2015

Kontraktor Pembinaan Rumah IBS diperlukan untuk menyokong projek 1 Malaysia

Koperasi Hartanah Muslim Berhad (KHM)
(dalam penubuhan)

Kami memerlukan kontraktor untuk Projek Pembinaan Rumah IBS Mampu Milik Seluruh Malaysia.

1. Kontraktor Rumah IBS
2. Kontraktor Mekanikal & Electrical
3. Kontraktor Plaster Ceiling
4. Supplier Gril/AutoGate
5. Kontraktor Pasang Tiles
6. Plumber
7. Kontraktor Bumbung
8. Kontraktor Kitchen Cabinet & Wardrobe

Jika berminat untuk bersama KHM, sila sms/whatsapp nama & syarikat kepada salah satu wakil koperasi di bawah atau email profil syarikat ke info.kophartanahmuslim@gmail.com. Keutamaan akan diberikan kepada syarikat muslim.

Wakil Koperasi KHM:

1. Hana 012-2325 948
2. Zulkifli 011-2366 5677
3. Imam Fadil 013-5924 111
4. Zaila 018-3883 309
5. Megat 019-3867 975
6. Talib 019-2146 754

Semoga kerjasama kita akan memberi manfaat bersama.

Untuk maklumat lanjut, sila layari blog http://koperasihartanahmuslim.blogspot.com.

Terima Kasih.
Setiausaha